Dia adalah wanita yg hebat.. dia mempunyai kanser pangkal rahim tahap 4..ye last stage dan kini dia menjalani hidup seharian seperti manusia normal sementara kansernya sedang menyerang anggota organ yg lain. Dia wanita yg tabah tak pernah sekalipun dia mengadu pada anak2 mahupun suami tentang sakit yg dia alami shingga sudah tahap kritikal anak2 dn suami ttp tidak tahu.
Rutin sehariannya ialah setiap hari pukul 4 pagi..dia bangun untuk menyediakan makanan sebelum berangkat ke tempat kerja. Si ibu sanggup bangun di awal pagi talkala anak2 dn suami sedang khuyuk dibuai mimpi ....si ibu mula bertungkus lumus..bermandi peluh menyediakn keperluan keluarga sebelum ke tempat kerja. Si ibu berangkat ke tempat kerja seawal 7 pagi dan pulang pabila maghrib kian melaburkn tirai.
Kerja si ibu ini amat mudah hnya sebagai tea lady..iaitu menyediakan air untuk pekerja yg lain. si ibu gagah bekerja tidak kira malu..penat..mahupun gaji yg sungguh tidak berpatutn dan hanya pernah bersekolah shingga darjah 2 kerana kesempitan duit dia tetap berusaha mencari rezeki shingga..si ibu pernah bekerja sebagai cleaner dan bergaji hanya 600.. Cleaner adalh satu pekerjaan yg dipndang serong oleh masyarakt, kotor dan berbau...tetapi si ibu tetap bekerja keras shingga...........sehingga berat badan ibu kian susut.. tidak dapat ku bayangkn si ibu yg dlu hmpir 80kg kini hnya tinggal 64kg..hasil dia bekerja keras memikul tanggungjawab sebagai cleaner..dan demi menyara keluarga.
Si ibu amat bermurah hati tidak kedekut..dia selalu bawa makanan ke tempat kerja menjamu teman2 sepejabat dan sanggup tolong orang lain padahal diri sendiri sedang ke susahan..
ANAK : ibu knape nak bagi bos pinjam duit. dia yg main duit syarikat kenape ibu nak tolong dia.. ibu pun bukan orang senang..
IBU: (tersenyum) nak bila kita tolong orang..insyaallah orang tu akan tolong kita balik.. bila kita susah nanti.. takpe ibu tolong apa yg ibu mampu..
ANAK: ibu..sy peliklah mcm mana orang yg paling besar gajinya kt syarikat boleh minta pinjam duit dekat orang yg paling sikit gajinya kt syarikat tu.. ibu cuma tea lady bergaji 900..itu pun nk minta pinjam duit kt ibu..inilah kalau dah tamak sampai duit syarikat di jolinya..skrg menyusahkan orang lain..
IBU: nak tak baik kata begitu...takpelah hari ni hari dia mana tahu esok lusa hari kita...(sambil senyum)
si anak tahu kenapa bos minta pinjam duit ibu.. sebab ibu adalah seorang yg tidak suka membawa mulut..menceritakn aib orang.. untuk menutup malu dan menyelesaikan masalah hutang syarikat maka terpaksa pinjam duit ibu..
Dan suatu hari..
ANAK : akak..mcm mana permohonan kau nak tukar tempat kerja dapat tak..
AkaK: erm insyaallah dapat akk guna alasan ibu sakit..erm kau tahu keadaan kesihatan ibu??
ANAK: erm..tak tahu kenapa akak..?
AKAK : mak sekarang dh last stage..cancer mak dh merebak ke organ lain..
ANAK : (tergamam).. apa yg kita nak buat sekarang..
AKAK: buat masa sekarang kita hnya mampu buat ibu tersenyum..buat dia bahagia..sebab doktor pun dah tak tahu nak buat apa..
Dan................ ya allah betapa pedih, sedih, hancur hati anak itu kerana si anak merasakan diri tidak berguna..bagaimana dia boleh tidak sedari ibu tersayang sedang menanggung sakit.
si anak menatap lama wajah ibu bergelak tawa bercerita..si anak tidak menyangka wajah ceria ,senyuman manis tidak lengkang dibibir milik wanita di depannya sebenarnya kini sedang menderita sakit.. tnpa dia sedari air matanya jatuh membasahi pipi lalu dia menoleh ke belakang menghapuskan air mata....dan malam itu si anak bermunajat memohon kepada Allah agar Allah sembuhkan penyakit ibu dan jangan tarik nyawa ibu..
Ibu..kau wanita yg paling aku kagumi dan..aku cintai..dan andai nyawa ku dperlukan agar kau kembali sihat akan ku serahkan..aku snggup kehilangan kawan,harta mahupun melenyapkan semua impian dan cita2 ku demi kau..IBU
Ibu..tidak pernah sekalipun di riak wajahmu kau pamerkan kesakitan yg kau alami.. kau pendam.. menyembunyinya kerna kau tidak mahu menyusahkan orang lain..
tidak tahukah kau bahawa kini aku merasa seperti anak yg tidak berguna..anak yg leka shingga tidak menyedari bahawa si ibu menanggung sakit
Ya Allah..kini hari2 yg aku lalui adalah hnya penyesalan..kesal di atas sikap aku yg tidak ambil berat tentang ibu....
IBU tolong aku merayu kepada mu
janganlh pergi meninggalkn aku..sesungguhnya tanpa Kau..aku..aku...............aku hanyalh manusia berjasad tnpa jiwa.. tolong jangan pergi sebelum aku..
salam kasih buat ibu di kampung....