nuffnang ads

Wednesday 25 February 2015

Semester 6 --__--

Hari nie hari ke-3 kelas bagi sem 6
dan aku mula rindu keaadaan 3 hari yang lepas...lepas...dan selepas yeee -_-

sem lepas aku ada buat surat untuk satu subjek ni, gigih aku ulang alik pejabat sebab nak buat permohonan tambah group untuk subjek tu..

yelahh satu group mana cukup kena berebut dengan adik-adik kuota cuma ada 50 yang nak ambil dekat 90 -_-

nak dijadikan cerita permohonan tu diluluskan
apalagi seronok lerr..aku dengan classmate yang lain daftarlah

then semalam aku baru tahu subjek tu bertindih dengan subjek aku yang lain

sedih, berat hati kena drop subjek tu... aku yang hantar surat nak buka kelas, aku yang kena drop
dan guess what... rezeki allah tu luas. Hari ni aku dapat panggilan untuk internship aku

yeayyy dapat.... dekat koperasi bernas

kau tak dapat apa yang kau nak tapi kau dapat apa yang kau perlu
jadi aku redha.

Sem nie, setiap kali aku buka mata aku teringat mak
makin tua nie makin homesick pulak -_-
dulu aku jaguh wanita kental yang tak mungkin menangis sebab rindu rumah

tapi kini....akulah wanita lemah tu

azam aku untuk sem nie bukan sebab nak dapat pointer bagossss
tapi aku berazam nak pakai jubah atau baju kurung setiap hari....

haha

cukuplah dah 5 sem aku berazam  nak belajar sungguh-sungguh dapat pointer bagos...  tapi semua pointer aku macam tak belajor jee...hahaha

dah lerr aku kena siapkan discussion lab report
-_-

Assalammualaikum.









No comments:

Post a Comment